The Promised Neverland
The Promised Neverland

The Promised Neverland

The Promised Neverland (Jepun: 約束のネバーランド, Hepburn: Yakusoku no Nebārando) merupakan sebuah siri manga Jepun ditulis oleh Kaiu Shirai dan diilustrasi oleh Posuka Demizu. Ia telah diterbitkan secara bersiri di Shōnen Jump Mingguan milik Shueisha dari Ogos 2016 sehingga Jun 2020, dengan bab-babnya dikumpulkan di dalam dua puluh jilid tankōbon. Di Amerika Utara, Viz Media melesenkan manga untuk pasaran bahasa Inggeris dan menerbitkannya secara bersiri di majalah digital Shonen Jump Mingguan mereka. Siri ini mengikuti sekumpulan anak yatim piatu dalam rancangan mereka untuk melarikan diri dari rumah anak yatim mereka, setelah mengetahui kebenaran gelap di sebalik kewujudan mereka dan tujuan rumah anak yatim itu.The Promised Neverland telah diadaptasi kepada siri televisyen anime dihasilkan oleh CloverWorks dan disiarkan oleh blok pengaturcaraan Noitamina milik Fuji TV. Musim pertama siri tersebut berjalan untuk 12 episod dari Januari hingga Mac 2019. Musim kedua berjalan untuk 11 episod dari Januari hingga Mac 2021. Sebuah adaptasi filem aksi langsung telah dikeluarkan pada Disember 2020. Amazon Studios juga sedang membangunkan sebuah siri aksi langsung Amerika.Pada tahun 2018, manga ini telah memenangi Anugerah Manga Shogakukan ke-63 dalam kategori shōnen. Setakat April 2021, The Promised Neverland mempunyai lebih 32 juta salinan dalam peredaran, termasuk versi digital, menjadikannya salah satu siri manga terlaris. Musim pertama siri anime diterima dengan baik oleh pengkritik, dianggap sebagai salah satu siri anime terbaik pada tahun 2010-an. Namun, musim kedua mendapat sambutan negatif kerana jalan cerita yang terlalu cepat dan plot manga yang asal terlalu diringkaskan.

The Promised Neverland

Dikeluarkan pada 18 Disember 2020 (2020-12-18)
Penyiaran Asal Fuji TV (Noitamina)
Skrip/Penulis Noriko Gotou
Dilesenkan oleh
Penyiaran bahasa Inggeris
Pengarah Yūichirō Hirakawa
Pelantar Android, iOS
Ilustrasi Posuka Demizu
Penerbit Lain
Penerbit Shueisha
Tarikh dikeluarkan
  • JP: April 22, 2021
Jilid 1
Studio Toho
Pengarang Shūhei Miyazaki
Pembangun GOODROID
Episod 23
Pencetakan Jump Comics
Majalah Asal Shōnen Jump+
Tarikh tayangan 11 Januari 2019 – 26 Mac 2021
Demografik Shōnen
Genre
Tarikh Pengeluaran 11 Januari 2019 – 28 Mac 2019
Pengeluar CyberAgent
Lagu/Muzik Masahiro Tokuda

Rujukan

WikiPedia: The Promised Neverland http://www.animenewsnetwork.com/daily-briefs/2019-... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-07-25/vi... http://www.animenewsnetwork.com/news/2019-01-27/sh... http://www.animenewsnetwork.com/news/2019-09-26/th... http://www.animenewsnetwork.com/news/2019-09-26/th... http://www.comicbookbin.com/thepromisedneverland00... http://www.comicbookbin.com/thepromisedneverland00... http://neverland-anime.com/ http://neverland-animeusa.com